Monday, February 15, 2010

Hari TB Sedunia 2010

Pada 24 Mac seluruh dunia akan menyambut Hari TB. Pada tahun ini, fokus yang diberikan adalah “TB elimination: Together We Can!” iaitu "menghapuskan TB: Bersama kita mampu". Tema ini amat bersesuaian dengan penyakit TB itu sendiri kerana cara jangkitan dan perebakannya mampu dicegah oleh seluruh lapisan masyarakat.

Apa itu penyakit TB?
Dahulu ia dikenali sebagai batuk kering. Penyebabnya adalah sejenis bakteria yang dikenali sebagai Mycobacterium tuberculosis. Kewujudannya telah lama dikenalpasti sebagaimana penemuan pada mumia zaman firaun lagi. Bermula dari satu ubat untuk penyakit TB, kini sekurang-kurangnya 3 atau 4 ubat perlu digabungkan bersama. Uniknya, kuman ini begitu pintar dan boleh mengubah dirinya (mutasi) terhadap ubat-ubat tersebut. Kini, telah wujud masalah rentang kepada pelbagi ubat Tb (Multi-Drug Resistence-MDRTB)di seluruh dunia dan super-rentang(XDRTB)terhadap kesemua ubat barisan pertama. Oleh sebab itulah kerjasama seluruh lapisan masyarakt diperlukan samada pesakit atau warga sihat.

Secara umumnya,setiap dari kita mungkin terdedah kepada kuman TB melalui pernafasan. 30% dari mereka yang terdedah telah dijangkiti kuman TB. Namun, individu yang sihat yang mempunyai sistem pertahan badan yang kuat mampu melawan dan menghalang bakteria tersebut dari terjadinya penyakit TB. Kajian menunjukkan, 10% dari individu yang sihat masih berkemungkinan menghidap penyakit TB. Mereka yang menghidap HIV lebih berisiko tinggi pendapat penyakit ini (40%).

Bagaimana Tb berjangkit?
Ia merebak melalui titisan udara tang dijangkiti kuman TB dari seorang pesakit TB terutamanya pesakit TB paru-paru jenis smear positif.

Siapa yang paling berisiko?
Keadaan yang meningkatkan risiko menghidapi penyakit TB adalah:
Kencing manis –3 X ganda
HIV – 100 X ganda
Pengambilan ubat steroid dalam tempoh yang panjang
Penyalahgunaan dadah
Silicosis
Cancer
Chronic malabsorption syndromes
Kurang berat badan (<10% berat badan ideal)
Kegagalan buah pinggang
Intestinal bypass / gastrectomy

Apakah gejala Penyakit TB?
Batuk berpanjangan (> 2 minggu), berkahak
Sakit dada
Batuk berdarah
Demam
Hilang selera makan
Kurang berat badan
Letih
Berpeluh malam

No comments:

Post a Comment