Wednesday, February 17, 2010

Penapis Air dan Kejadian Penyakit Bawaan Air Minum

Secara keseluruhan, kematian disebabkan kejadian cirit-birit adalah 2.2 juta setiap tahun di seluruh dunia. Repot daripada Servey Kesihatan & Morbidity Kebangsaan ketiga (tahun 2006) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan kejadian cirit-birit akut (jangkamasa 2 minggu) adalah 5.0 % iaitu 26,949,457 kejadian cirit-birit setahun. Kebanyakannya melibatkan warga bandar, orang muda dan mereka yang berpendapatan tinggi serta berpendidikan.

Pelbagai faktor menyumbang kepada kejadian tersebut. Kebersihan diri, sanitasi dan bekalan air yang selamat merupakan penyumbang utama. Kebersihan diri dan amalan sanitasi merupakan kompenan yang begitu penting. Jika terdapat bekalan air yang selamat sekalipun tetapi jika kebersihan (hygiene) dan amalan sanitasi yang rendah meningkatkan risiko kejadian penyakit cirit-birit dan penyakit bawaan air yang lain.

Saya ingin fokuskan perbincangan berkaitan rawatan air minum. Terdapat pelbagai kaedah sistem rawatan air minum sekarang ini. Adakah masyarakat kita telah dipengaruhi oleh sistem penapis air yang begitu dipromosikan? Terdapat banyak kajian menunjukkan sistem penapis air mampu menurangkan pelbagai kuman dan bahan kimia di dalam air minum. Penggunaan penapis air di peringkat satu pili titik permulaan (point of use –POU) adalah disarankan untuk pengguna yang berisiko tinggi seperti warga tua, kanak-kanak, ibu mengandung dan pengidap penyakit kronik yang rendah sistem imun badan. kajian di Pennsylvania terhadap kewujudan spesis Legionella (L pneumophila and Mycobacterium) di dalam air yang bertapis (penapis dari jenis Pall Nylon 6.6 Posidyne filter membrane rated and validated at 0.2 μm) di peringkat POU dikurangkan sebanyak 99%.

Kajian yang dijalankan di USA pada tahun 1998 menunjukkan penggunaan penapis air yang menggunakan karbon teraktif dan pancaran UV di peringkat POU mampu mengurangkan 99.9% kuman (bacteria, virus & protozoa (cysts dan oocysts)) penyebab penyakit bawaan air.

Namun, masyarakat harus sedar dan mampu membuat keputusan untuk menetukan keperluan dan memilih sistem manakah yang praktikal dan efficient untuk mencegah kejadian penyakit bawaan air minum. Antara kaedah yang boleh dipilih adalah merebus, lampu UV, menggunakan klorin, penapisan (filtration), karbon teraktif atau kombinasi beberapa kaedah.

Secara umumnya, jika air tersebut dari sumber yang belum terawat seperti air telaga atau saluran suapan graviti (gravity feed system), maka langkah utama adalah mengurangkan kekeruhan air. Kaedah yang boleh digunakan adalah teknik pemendapan (sedimentation) dan penapisan (melalui tanah, fiber, kain, seramik atau lain-lain). Cuma untuk kegunaan di rumah, kaedah yang paling praktikal adalah pemendapan atau menapis menggunakan seramik kerana ianya murah.

Air yang keruh atau sedikit keruh (turbid) pada asasnya tidak begitu risiko kepada kesihatan. Cuma ia lebih kepada aestetik sahaja. Namun, ia perlu diberi perhatian kerana ia memberi kesan semasa proses rawatan air. Jika terlalu banyak keladak, bakteria atau kuman boleh berlindung di dalam keladak dari proses rawatan dan mungkin boleh membiak terutamanya di dalam sistem penapisan air yang tidak dicuci.

Antara kaedah rawatan air yang sentiasa digunakan adalah memasak, radiasi menggunakan cahaya matahari, cahaya UV seperti dari lampu, menggunakan bahan kimia (seperti klorin, ozon dan kloramin), pertukaran ion (ion-exchange), proses jerapan (adsorption) (menggunakan karbon / arang, karbon teraktif, tanah liat, kaca atau bahan organik lain).

Fungsi utama merawat air menggunakan karbon teraktif adalah mengurangkan rasa air yang tidak enak atau berbau. Namun ia juga mempunyai kesan sampingan iaitu menjerab kuman berbahaya. Harus diingatkan, kesan ini hanyalah untuk sementara waktu sahaja iaitu jika tidak ditukar ia mampu menjadi tempat pengumpulan dan pembiakan kuman atau bekteria terutamanya yang bersifat heterophilic dan juga bakteria koliform (yang beasal dari najis). Ini akan mengurangkan kualiti air minum.

Proses pertukaran ion berfungsi untuk melembutkan air dan juga mengurangkan kuman di dalamnya. Ia menggunakan polimer damar sintetik, zeolite semulajadi, atau menggunakan iodin. Belum banyak kajian yang menunjukkan manfaatnya kepada kesihatan. Limitasi utamanya adalah kos yang mahal dan kemampuannya yang terbatas dalam mengurangkan jumlah kuman berbahaya di dalam air.

Rawatan air menggunakan bahan kimia adalah yang paling meluas digunakan di seluruh dunia. Ia telah terbukti dapat mengurangkan bilangan kuman berbahaya dalam jangkamasa yang lebih lama. Sekarang ini, ia juga telah terbukti selamat dan amat praktikal untuk diguna pakai oleh setiap lapisan masyarakat. Tambahan pula kaedah ini adalah yang paling murah. Klorin mampu membunuh hampir semua pathogen bawaan air kecuali Cryptosporidium parvum oocysts dan Mycobacteria species. Limitasi lain adalah pembentukan hasil sampingan klorin (by-product) dalam jumlah yang kecil yang memberi risiko kejadian kanser terutamanya kanser pundi kencing. Oleh sebab itu adalah disarankan, air yang dirawat dengan klorin dimasak terlebih dahulu kerana ianya mampu membunuh saki baki kuman dan juga membuang by-product yang berbahaya.

Ingin dimaklumkan bahawa, semua sistem rawatan air di Malaysia dan negara lain menggunakan kaedah kombinasi pelbagai proses. Secara umumnya ia menggunakan kaedah aeration (proses oksidasi dengan mengalirkan udara atau oksigen ke dalam air) yang boleh mengurangkan partikel terlarut, keladak, bakteria, bau dan rasa. Selepas proses itu, air tersebut akan ditambah dengan agen floc seperti aluminium atau ferum untuk menjadikan partikel di dalam air bergabung dan seterusnya mendap atau terampai. Proses ini mampu mengurangkan pathogen, bau dan juga menjernihkan air. Air tersebut akan seterusnya dialirkan menerusi penapis (seperti tanah/ slow sand filter) bagi memerangkap saki baki pathogen dan juga menjernihkan lagi air. Di peringkat akhir, air akan dinyahkaumankan (disinfeksi) dengan menggunakan klorin (kebanyakkannya) dalam sukatan yang terkawal. Di setiap loji rawatan air, pemantaun kualiti air akan dilakukan selaras dengan standard yang ditetapkan oleh WHO. Pemantauan ini akan dilakukan oleh syarikat / pihak yang merawat air tersebut dan juga oleh Kementerian Kesihatan Malaysia secara berkala. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (2006), empat kumpulan parameter yang dipantau adalah fizikal & mikrobiologi (kumpulan 1), bahan kimia seperti ammonia, nitrate, ferous, mangan dan aluminium (kumpulan 2), Logam berat seperti merkuri, cadmium, selenium, arsenik, plumbum, magnesium, zink (kumpulan 3) dan racun pesticide seperti aldrin, DDT, chlodrane, lindane (kumpulan 4). Secara umumnya kualiti mikrobiologi adalah memuaskan.

Berkenaan sumber air minum rakyat Malaysia, 91.3% adalah daripada air paip yang dibekalkan oleh pihak berkuasa (97.5% di Bandar dan 78.9% di luar bandar), manakala 3.3% adalah dari sistem saluran suapan gravity (gravity feed system) dan 2.7% dari air telaga. Dikebanyakan negeri liputan air paip terawat adalah melebihi 90.0% kecuali di Kelantan (50.3 5), Sabah (66.5%), dan Sarawak (83.6%). Ia menunjukkan kebanyakkan rakyat Malaysia mendapat bekalan air yang telah dirawat.

Secara kesimpulannya, kawasan atau rumah yang mendapat bekalan air paip yang terawat tidak memerlukan sistem penapisan air tambahan. Namun ia masih dinasihatkan agar memasak air terlebih dahulu sebelum diminum. Kawasan yang tiada bekalan air terawat boleh menggunakan sistem penapisan air jika agak keruh dan dimestikan untuk dimasak terlebih dahulu. Juga digalakkan untuk memasukkan klorin ke dalam telaga setiap 6 bulan. Air yang sedia diminum tidak boleh disimpan melebihi 2 hari kerana ia boleh terdedah kepada pathogen yang membiak didalamnya. Kaedah penyimpanan air amat penting untuk diberi perhatian. Satu kajian yang dijalankan di Malaysia pada tahun 1992 menunjukkan kontaminasi/pencemaran oleh bakteria koliform (berpunca dari najis) adalah tinggi pada air yang tidak dimasak dan kejadaian cirit-birit berkait rapat dengan penyimpanan air di dalam bekas yang mulut (bukaan) luas.

Artikel ini tidak menghalang mana-mana pihak untuk menggunakan penapis air yang banyak terdapat di pasaran kini. Namun ia boleh menjadikan panduan untuk menilai adakah perlu untuk mendapatkan penapis air tambahan di rumah kita.

Monday, February 15, 2010

Hari TB Sedunia 2010

Pada 24 Mac seluruh dunia akan menyambut Hari TB. Pada tahun ini, fokus yang diberikan adalah “TB elimination: Together We Can!” iaitu "menghapuskan TB: Bersama kita mampu". Tema ini amat bersesuaian dengan penyakit TB itu sendiri kerana cara jangkitan dan perebakannya mampu dicegah oleh seluruh lapisan masyarakat.

Apa itu penyakit TB?
Dahulu ia dikenali sebagai batuk kering. Penyebabnya adalah sejenis bakteria yang dikenali sebagai Mycobacterium tuberculosis. Kewujudannya telah lama dikenalpasti sebagaimana penemuan pada mumia zaman firaun lagi. Bermula dari satu ubat untuk penyakit TB, kini sekurang-kurangnya 3 atau 4 ubat perlu digabungkan bersama. Uniknya, kuman ini begitu pintar dan boleh mengubah dirinya (mutasi) terhadap ubat-ubat tersebut. Kini, telah wujud masalah rentang kepada pelbagi ubat Tb (Multi-Drug Resistence-MDRTB)di seluruh dunia dan super-rentang(XDRTB)terhadap kesemua ubat barisan pertama. Oleh sebab itulah kerjasama seluruh lapisan masyarakt diperlukan samada pesakit atau warga sihat.

Secara umumnya,setiap dari kita mungkin terdedah kepada kuman TB melalui pernafasan. 30% dari mereka yang terdedah telah dijangkiti kuman TB. Namun, individu yang sihat yang mempunyai sistem pertahan badan yang kuat mampu melawan dan menghalang bakteria tersebut dari terjadinya penyakit TB. Kajian menunjukkan, 10% dari individu yang sihat masih berkemungkinan menghidap penyakit TB. Mereka yang menghidap HIV lebih berisiko tinggi pendapat penyakit ini (40%).

Bagaimana Tb berjangkit?
Ia merebak melalui titisan udara tang dijangkiti kuman TB dari seorang pesakit TB terutamanya pesakit TB paru-paru jenis smear positif.

Siapa yang paling berisiko?
Keadaan yang meningkatkan risiko menghidapi penyakit TB adalah:
Kencing manis –3 X ganda
HIV – 100 X ganda
Pengambilan ubat steroid dalam tempoh yang panjang
Penyalahgunaan dadah
Silicosis
Cancer
Chronic malabsorption syndromes
Kurang berat badan (<10% berat badan ideal)
Kegagalan buah pinggang
Intestinal bypass / gastrectomy

Apakah gejala Penyakit TB?
Batuk berpanjangan (> 2 minggu), berkahak
Sakit dada
Batuk berdarah
Demam
Hilang selera makan
Kurang berat badan
Letih
Berpeluh malam

Wednesday, February 10, 2010

Keracunan makanan

Masalah yang agak serius di Kelantan dan seluruh Malaysia seperti Kolera & typhoid.